Posts

Showing posts from 2018

SAJAK WAKTU

WAKTU Waktu Waktu kian merangkak Hari demi hari terus berlalu Melewati siang dan malamku Semakin lama semakin jauh Seakan   lambat berlalu Tanpa aku sedari Rupanya aku kian ketinggalan Termenung aku ke luar Begitu pantas waktu berlalu pergi Ku sangka ia sedang merangkak Rupanya ia sedang berlari Namun, aku masih disini Membilang sisa-sisa hari Tanpa ku terjaga Rupanya apa yang kucari selama ini Belum ku temui lagi.

HASIL TANAMAN UMI DAN ABAH

Image
Assalamualaikum kepada semua warga blog.  Semalam aku telah mendapat satu mesej daripada whatsapp group keluarga yang berbentuk gmbar dihantar daripada umi di kampung. Setelah aku memuat turun gambar tersebut rupa-rupanya umi telah menghantar gambar hasil tanamannya yang sudah boleh dikutip dan dijual iaitu lada besar dan terung. Barang kali umi ingin berkongsi kegembiraan ini kepada ahli keluarga yang lain hasil tanamannya yang begitu menjadi pada tahun ini. Bersyukur kepada Allah s.w.t atas rezeki yang diberikan lebih-lebih lagi bila tibanya musim tengkujuh yang menjadi sumber pendapatan tatkala pokok getah sudah mulai tidak boleh ditoreh. Teringat tahun-tahun yang lepas, bila tiba waktu mengutip hasil tanaman itu aku juga turut pergi ke kebun untuk membantu umi dan abah. Walaupun aku seorang anak tunggal namun aku tidak dimanjai dengan tidak membantu mereka di kebun. Bila tiba waktu menanam aku ke kebun membantu menanam dan bila tiba waktu mengutip hasil aku juga turut...

SAHABAT umpama bunga tanpa kelompok

Image
Persahabatan umpama bunga tanpa kelompok.  Sebut sahaja persahabatan, tentu setiap orang mempunyai memorinya tersendiri. Ada yang manis dan ada yang pahit. Selain penting dalam kehidupan manusia, ia menambahkan lagi kemanisan sebuah perjalanan hidup seseorang. Pelbagai cerita yang sering kita dengar tentang persahatan. Dari pengorbanan seorang sahabat, dikhianati sahabat yang dipercayai, dan tak kurang pula memori bercinta dan berkahwin dengan sahabat sendiri. Itulah lumrah kehidupan hakiki yang tidak lari dalam diri setiap manusia yang pernah mengalaminya. Ada juga persahabatan yang langsung berpuluh tahun lamanya hingga ke akhir hayat. Pelbagai dugaan dan cabaran yang akan mengiringi sebuah persahabatan sehingga kadang kala boleh mengalami kemusnahan. Perkhianatan dalam persahabatan merupakan perbuatan yang sukar untuk dimaafkan. Fitnah, mengata di belakang dan lain-lain adalah beberapa contoh khianat yang sering terjadi dalam menjalinkan persahabatan. Apakah itu dipanggil...

TABIAT BURUK MENCACATKAN PENAMPILAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Sama ada anda sedar ataupun tidak, adakala ianya ketika anda dilanda resah ataupun gugup secara tidak sengaja anda akan melakukan beberapa kebiasaan buruk yang sepatutnya dihindarkan. 1.       Mengopek luka pada kulit Luka pada kulit akibat terjatuh ataupun digigit serangga misalnya, kadang-kadang menimbulkan rasa gatal yang tidak tertahan. Tangan kita pun adakalanya secara langsung akan menggaru dan mengopek luka tersebut. Tabiat ini dapat merosakkan jaringan kulit dan meninggalkan parut pada kulit. Lebih parah lagi, tabiat ini mampu mengundang kuman yang boleh menyebabkan infeksi. Jadi, cadangan penyelesaian ini adalah luka yang kecil boleh anda tutupi dengan band-aid tetapi jika luka tersebut agak besar dan teruk sebaiknya berjumpalah dengan doktor supaya luka tersebut dapat dibalut dengan segera agar tidak berlaku sebarang jangkitan kuman.   Gantikan penutup luka secara rutin agar sentiasa bersih supaya luka tidak menjadi lebih parah. 2. ...

JOM MULAKAN DIET SIHAT HARI INI.

Image
Assalamualaikum. Kali ini saya ingin berkongsi kepada warga blog tentang cara diet yang bagus untuk kesihatan kita hari ini. Pertama sekali, sekiranya anda berasa lapar antara masa makan, makanlah buah-buahan segar tetapi jangan pula makan terlalu banyak benda yang manis seperti gula mesti dikurangkan. Antara cara diet yang betul dan sihat ialah seseorang itu haruslah mengelakkan diri daripada makanan yang berminyak dan berlemak. Sekiranya seseorang itu makan daging ataupun ayam, pastikan pengambilannya dengan kadar yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan pemakanan seperti daging secara berlebihan boleh menimbulkan penyakit seperti pertambahan kolestrol. Pertambahan kolestrol yang dialami amat berbahaya kepada tubuh seseorang individu itu sendiri. Di samping itu,   pengambilan makanan ringan seperti keropok, coklat, gula-gula, dan pizza, KFC, McD dan sebagainya juga harus dielakkan untuk memiliki tubuh yang sihat. Kebiasaannya, makanan ini sering di ambil oleh...

PROJEK MINI KOKURIKULUM

Image
Assalamualaikum warga blog sekalian. entri kali ini saya akan mencerita sedikit tentang projek mini yang dijalankan oleh para pelajar Seni Penghujahan. Alhamdulillah.. selesai projek mini untuk kokurikulum bagi seni penghujahan semester satu tahun 2018 setelah beberapa minggu mengadakan mesyuarat, merancang dan meneliti program yang akan dijalankan ini. Maka pada 11.10.2018 berlangsunglah projek ini dengan jayanya. Projek ini telah dijalankan di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia. Pusat ekuin adalah tarikan utama di UPM yang menawarkan kepada pengunjung berpeluang untuk mendekati kuda. Meliputi kawasan ini yang seluas empat hektar, terdapat dua kandang yang menempatkan 19 ekor kuda. Pusat ekuin ini juga mempunyai padok atau padang kecil untuk kuda yang bertaraf antarabangsa dan kawasan padang rumput. Menariknya, para pengunjung berpeluang menyentuh, memberi makan dan melawat di sekitar sekitar pusat ini. Pada mulanya, kami telah diberi taklimat tentang kuda-kuda ya...

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

Image
Sejak akhir-akhir ini, bilangan penduduk di Malaysia banyak yang mengalami obesiti atau masalah kegemukan. Obesiti atau kegemukan ialah   kadar berat badan seseorang yang berlebihan. Masalah berat badan yang berlebihan boleh menjejaskan kepada kesihatan seseorang individu itu. Antaranya boleh menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Banyak faktor dan kesan   yang boleh berlaku di sebabkan daripada   masalah kegemukan ini terus berlaku. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah obesity ini ialah rakyat Malaysia   kurang melakukan aktiviti senaman. Masyarakat pada hari ini tidak menitikberatkan aktiviti senaman kerana kekangan masa yang mereka hadapi dimana mereka   terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat meluangkan masa untuk bersenam. Mereka juga menganggap senaman merupakan aktiviti yang tidak penting dan membazir masa kepada mereka kerana banyak kerja yang lebih penting mereka boleh lakukan selain bersenam. Sikap...

PENGALAMAN PAHIT BANJIR TAHUN 2014

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog.  Kali ini aku ingin menceritakan kenangan pahit yang pernah berlaku pada diriku. Cerita ini berlaku pada 23 Desember 2014 dimana ianya adalah tahun yang paling tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Ketika itu aku tidak berada di bumi Kelantan kerana menghantar nenekku ke rumah bapa saudara di Kuantan, Pahang. Sungguh aku tidak menjangka bencana ini boleh berlaku dalam sekelip mata ketika berjauhan dengan Umi dan Abah di kampung. Sepanjang aku hidup selama 16 tahun (2014), itulah kali pertama banjir besar berlaku di bumi Kelantan. Kalau sebelum ini aku hanya   mendengar cerita daripada orang tuaku dan orang-orang kampung bahawa banjir besar pernah berlaku sebelum ini   tetapi aku seolah-olah tidak terasa takut sedikit pun ketika mendengar cerita tersebut. Air naik sampai ke lutut sudah jadi perkara biasa. Setiap kali musim tengkujuh datang, ia umpama pesta air di negeri Kelantan. Bila tanah mula  ...

KECANGGIHAN TEKNOLOGI

Dalam era serba moden ini, teknologi adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh manusia sama ada kerana kehendak, keselesaan, keperluan ataupun kepuasan. Dalam dunia moden ini juga, semua boleh dilakukan dengan mudah menggunakan kemudahan teknologi yang ada. Hari ini segala hubungan komunikasi boleh dilakukan sepantas kilat.   Masyarakat tidak perlu bersusah payah menghantar surat mahupun memikirkan sama ada pesanan tersebut selamat sampai ataupun tidak. Dengan hanya memiliki sebuah komputer dan internet, segala komunikasi berada di hujung jari sahaja. Pastinya Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) sudah sinonim dengan pengguna telefon bimbit. SMS ini dapat dihantar terus kepada orang lain sekaligus mewujudkan komunikasi antara dua hala. Namun, kali ini SMS juga kurang digunakan oleh masyarakat kerana timbulnya aplikasi yang lebih canggih seperti Whatsapp, Wechat, Facebook, Instagram, dan sebagainya. Aplikasi ini juga bukan sahaja mampu mewujudkan komunikasi antara dua hala malah ...

MENGHITUNG HARI DAN WAKTU

Image
Satu minggu ibarat satu tahun, tidak sabarnya aku menanti malam 27 oktober untuk pulang ke kampung halaman setelah hampir dua bulan tidak bertemu mata ibu. Rindu ini tidak mampu ku tampung lagi. Lama rasanya tidak kurasa keenakan air tanganmu. Aku merindukan hangatnya pelukanmu. Sehangat sang mentari. Rindu kemerduan   leteranmu. Rindu kasih dan cintamu, Walau jauh dimata, namun dihati anakmu tidak terdetik sedikit pun ingin menghapuskan daripada ingatan. Makin hari makin hangat kerinduanku terhadapmu seolah-olah tidak dapat diubati lagi. Tidak sabarnya aku menanti waktu, tidak sabarnya aku ingin memeluk erat tubuhmu, menghilangkan kecelaruan yang bermain diminda.  Teringat juga akan masakanmu. Lama rasanya tidak merasa keenakan air tanganmu. Kecur air liur teringat kengsom ikan lapan yang di masak dengan rasa yang pedas dan masam itu. ditambahkan pula dengan sedikit sayur kangkong dan rebun ke dalam masakan itu lagi bertambah kelazatan dan selera makan. Walaupun buk...

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

Image
Bismillahirahmanirahim. Entry kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman ekspedisi kayak pada 17 0gos 2017 di Sungai Pengkalan Datu, Pulau Melaka Min House Camp, Kg.Pulau Kota Bharu, Kelantan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60 ketika di tingkatan enam. Mula-mulanya aku berasa agak takut untuk menyertai aktiviti kayak kerana ini adalah pertama kalinya aku menyertai aktiviti lasak dalam hidup. Program ini telah disertai oleh semua pelajar Pra Universiti Atas dan 8 orang guru PRAU SMK.Kangkong. Kami telah bertolak dari sekolah ke Pulau Melaka pada pukul 7 pagi dan sampai disana pada pukul 8.30 pagi. Setelah sampai disana,aku semakin berdebar ketakutan tapi dalam masa yang sama juga berasa tidak sabar untuk berkayak. Sampainya kami disana, kami dilayan dengan begitu baik sekali. Sebelum memulakan aktiviti kayak itu, kami disediakan sarapan terlebih dahulu. Setelah semua selesai bersarapan kami diberi penerangan keselamatan dan asas dayungan kayak yang dibuat oleh presiden Persatuan K...

GEJALA BULI

Image
Gejala buli boleh dikatakan semakin meningkat dalam kalangan anak-anak remaja pada masa ini. Gejala buli adalah termasuk dalam kegiatan memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang kepada mangsanya. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan yang sangat besar oleh ramai pihak antaranya pihak sekolah, pihak ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Pelbagai faktor yang yang menyebabkan gejala buli ini semakin berleluasa. Pada pendapat saya, antara faktor yang mendorong masalah gejala buli ini ialah faktor kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa pada hari ini hanya mementingkan urusan dunia semata-mata untuk mengejar kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak sehingga anak-anak terasa diabaikan oleh orang tua mereka. Oleh sebab itu, mereka menganggap bahawa ibu bapa mereka tidak peduli tentang apa yang mereka lakukan sehingga sanggup melakukan bul...

UNTUKMU SAHABAT

Image
setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itulah lumrah kehidupan bergelar manusia, namun, kenangan demi kenangan, yang dicipta bersama menjadi satu album, untuk diingati selalu, wahai sahabatku, rindu kalian,jaga diri. Selasa yang lalu, aku telah mendapat cebisan puisi ini yang dikirimkan oleh sahabat yang dulunya sangat rapat tapi terpisah kerana cita-cita dan masa depan yang harus dikejar. Buat sahabat yang dirindui, mungkin kini kita mula berjauhan berjalan menuju masa depan namun jangan kamu anggap kejauhan ini satu perpisahan untuk segalanya. Jangan pernah jadikan jarak dan waktu itu satu goncangan dalam persahabatan ini bak kata pepatah   biar jauh dimata namun dekat dihati. Kadang-kadang terasa hangatnya persahabatan ini sehingga tersenyum sendirian bila mengenangkan kenangan-kenangan dulu. Walaupun kadang-kadang persahabatan ini seperti Tom & Jerry yang saling menyakiti antara satu sama lain namun bila berjauhan kehilangan itu amat dirasai. Wal...

LUAHAN HATI

Image
Saya Noorsyahira bt Sulaiman. Saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Saya merupakan anak tunggal dan cucu sulung dalam keluarga. Saya merupakan pelajar lepasan STPM pada tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. Alhamdulillah, pada 6 mac 2018 saya telah mendapat keputusan yang baik dalam STPM iaitu dengan memperoleh CGPA 3.58. Keputusan peperiksaan ini telah menggembirakan Umi dan Abah serta sanak saudara. Seterusnya, saya terus membuat permohonan UPU untuk kemasukan bulan September 2018. Pada 31 Julai 2018 adalah merupakan hari hebahan keputusan universiti bagi lepasan STPM. Ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya setelah mengetahui dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Bacelor Komunikasi di Universiti Putra Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam kegembiraan ini terselit satu perasaan yang agak sayu kerana terpaksa meninggalkan keluarga yang jauh iaitu di bumi Kelantan. Perpisahan ini adalah perpisahan yang pertama kal...