SAHABAT umpama bunga tanpa kelompok

Persahabatan umpama bunga tanpa kelompok. 
Sebut sahaja persahabatan, tentu setiap orang mempunyai memorinya tersendiri. Ada yang manis dan ada yang pahit. Selain penting dalam kehidupan manusia, ia menambahkan lagi kemanisan sebuah perjalanan hidup seseorang. Pelbagai cerita yang sering kita dengar tentang persahatan. Dari pengorbanan seorang sahabat, dikhianati sahabat yang dipercayai, dan tak kurang pula memori bercinta dan berkahwin dengan sahabat sendiri. Itulah lumrah kehidupan hakiki yang tidak lari dalam diri setiap manusia yang pernah mengalaminya. Ada juga persahabatan yang langsung berpuluh tahun lamanya hingga ke akhir hayat. Pelbagai dugaan dan cabaran yang akan mengiringi sebuah persahabatan sehingga kadang kala boleh mengalami kemusnahan.
Perkhianatan dalam persahabatan merupakan perbuatan yang sukar untuk dimaafkan. Fitnah, mengata di belakang dan lain-lain adalah beberapa contoh khianat yang sering terjadi dalam menjalinkan persahabatan. Apakah itu dipanggil sahabat? 
 

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU