PROJEK MINI KOKURIKULUM


Assalamualaikum warga blog sekalian. entri kali ini saya akan mencerita sedikit tentang projek mini yang dijalankan oleh para pelajar Seni Penghujahan.

Alhamdulillah.. selesai projek mini untuk kokurikulum bagi seni penghujahan semester satu tahun 2018 setelah beberapa minggu mengadakan mesyuarat, merancang dan meneliti program yang akan dijalankan ini. Maka pada 11.10.2018 berlangsunglah projek ini dengan jayanya. Projek ini telah dijalankan di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia. Pusat ekuin adalah tarikan utama di UPM yang menawarkan kepada pengunjung berpeluang untuk mendekati kuda. Meliputi kawasan ini yang seluas empat hektar, terdapat dua kandang yang menempatkan 19 ekor kuda.

Pusat ekuin ini juga mempunyai padok atau padang kecil untuk kuda yang bertaraf antarabangsa dan kawasan padang rumput. Menariknya, para pengunjung berpeluang menyentuh, memberi makan dan melawat di sekitar sekitar pusat ini.

Pada mulanya, kami telah diberi taklimat tentang kuda-kuda yang ada disini oleh Encik Firdaus iaitu pengurus Pusat Ekuin. Di sini, kami dapat belajar teknik dan cara penjagaan kuda serta mendandannya. Kami juga telah diberi tugas membersihkan kandang kuda dengan membentuk lima orang ahli dalam satu kumpulan. Sebelum itu, Encik Firdaus menunjukkan terlebih dahulu cara untuk membersihkan kandang kuda tersebut kepada para pelajar Seni Penghujahan supaya kami dapat membersih kandang kuda tersebut dengan betul.

Setelah selesai membersihkan kandang kuda, kami telah diberi tugas oleh Fasilitator untuk menemu bual seorang penunggang kuda yang ada di Pusat Ekuin itu. Temu bual ini dijalankan mengikut kumpulan yang telah dibentuk pada awalnya. Aktiviti ini telah dilakukan bagi meningkatkan tahap keberanian seseorang pelajar untuk berdepan dengan orang yang tidak dikenali dan mampu berkomunikasi dengan lebih baik dalam kehidupan seharian.

Kumpulan saya telah menemu bual seorang penunggang kuda perempuan dimana beliau merupakan orang yang sangat kerap menunggang kuda di Pusat Ekuin UPM pada masa lapang dan setiap kali cuti hujung minggu. Beliau memberitahu kepada kami bahawa beliau amat gemar menunggang kuda serta aktiviti itu telah dijadikan sebagai hobinya ketika waktu lapang. Beliau juga mengatakan bahawa beliau memiliki seekor kuda yang bernama Mova. Beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan sangat membantu kami dengan memberi kerjasama sepanjang sesi temu bual dijalankan.
Kerjasama dalam melancarkan sesuatu program adalah amat penting oleh semua Ahli Jawatankuasa. Tanpa kerjasama semua pihak program ini tidak mampu berjalan dengan baik dan akan memberikan masalah kepada semua pihak. Oleh itu, komitmen oleh setiap ahli sangat memberansangkan.

Membersih kandang kuda


Memberi minum kuda

Sesi bergambar kenang-kenangan




















Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU