JOM MULAKAN DIET SIHAT HARI INI.
Assalamualaikum.
Kali ini saya ingin
berkongsi kepada warga blog tentang cara diet yang bagus untuk kesihatan kita
hari ini.
Pertama sekali,
sekiranya anda berasa lapar antara masa makan, makanlah buah-buahan segar
tetapi jangan pula makan terlalu banyak benda yang manis seperti gula mesti dikurangkan.
Antara cara diet yang betul
dan sihat ialah seseorang itu haruslah mengelakkan diri daripada makanan yang berminyak
dan berlemak. Sekiranya seseorang itu makan daging ataupun ayam, pastikan pengambilannya
dengan kadar yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan pemakanan
seperti daging secara berlebihan boleh menimbulkan penyakit seperti pertambahan
kolestrol. Pertambahan kolestrol yang dialami amat berbahaya kepada tubuh
seseorang individu itu sendiri.
Di samping itu, pengambilan makanan ringan seperti keropok, coklat,
gula-gula, dan pizza, KFC, McD dan sebagainya juga harus dielakkan untuk
memiliki tubuh yang sihat. Kebiasaannya, makanan ini sering di ambil oleh
seseorang sewaktu bersantai, menonton televisyen dan lain-lain yang
berkemungkinan besar boleh menyebabkan dan memudahkan seseorang itu mengalami
kegemukan.
Seterusnya, untuk
memulakan cara diet yang betul seseorang itu haruslah merancang pemakanan terlebih
dahulu. Contohnya, merancang kesesuai makanan yang perlu diambil mengikut pola
pemakanan yang betul. Dengan cara ini, seseorang itu akan mengetahui pemakanan
mereka sama ada makanan itu bagus untuk kesihatan ataupun tidak baik untuk
kesihatan. Hal ini amat penting oleh seseorang yang menginginkan diet yang
betul dan sihat agar mereka memperoleh zat yang
Menentukan waktu makan
secara berdisiplin juga adalah amat penting oleh seseorang individu dalam
memulakan diet yang sihat. Dengan disiplin yang ada seseorang akan makan
apabila tiba waktu makan yang telah ditetapkan. Hal ini dikatakan demikian
kerana makanan adalah suatu keperluan yang boleh memudaratkan kepada kesihatan
seseorang sekiranya tidak dijaga dengan sebaik yang mungkin. Sebagai contohnya
apabila seseorang mengambil makanan secara berlebihan atau makanan yang tidak
seimbang boleh menyebabkan seseorang itu mudah dikenakan penyakit seperti buah
pinggang, serangan jantung, darah tinggi dan sebagainya.
Senaman juga amat
penting kepada seseorang untuk kekal sihat sama ada pada waktu pagi atau pun
petang. Hal ini mampu mengurangkan
tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam kehidupan seharian kerana otak pada ketika ini akan
bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan.
Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif
dalam badan. Diet seimbang yang diamalkan bersama-sama senaman akan menjadi
lebih berkesan.
Kesimpulannya, banyak
cara untuk memulakan gaya hidup dan diet yang sihat dimana ianya bergantung kepada
seseorang individu itu sama ada ingin
mengamalkan ataupun tidak. Sekiranya pengamalan cara diet yang betul dilakukan
dengan baik maka seseorang itu akan memperoleh manfaat daripada pengamalan yang
dilakukan itu.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment