KECANGGIHAN TEKNOLOGI


Dalam era serba moden ini, teknologi adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh manusia sama ada kerana kehendak, keselesaan, keperluan ataupun kepuasan. Dalam dunia moden ini juga, semua boleh dilakukan dengan mudah menggunakan kemudahan teknologi yang ada.

Hari ini segala hubungan komunikasi boleh dilakukan sepantas kilat.  Masyarakat tidak perlu bersusah payah menghantar surat mahupun memikirkan sama ada pesanan tersebut selamat sampai ataupun tidak. Dengan hanya memiliki sebuah komputer dan internet, segala komunikasi berada di hujung jari sahaja. Pastinya Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) sudah sinonim dengan pengguna telefon bimbit. SMS ini dapat dihantar terus kepada orang lain sekaligus mewujudkan komunikasi antara dua hala. Namun, kali ini SMS juga kurang digunakan oleh masyarakat kerana timbulnya aplikasi yang lebih canggih seperti Whatsapp, Wechat, Facebook, Instagram, dan sebagainya. Aplikasi ini juga bukan sahaja mampu mewujudkan komunikasi antara dua hala malah masyarakat dapat mengetahui maklumat atau berita terkini melalui aplikasi itu sahaja. Melalui teknologi ini juga masyarakat dapat menyelesaikan kerja-kerja dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara dimana kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat.

Tidak dinafikan bahawa banyak kebaikan dengan kemajuan teknologi pada hari namun ia juga memberi kesan yang buruk kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja hari ini. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti anak-anak mereka supaya tidak mudah terpengaruh. Contohnya, dengan kecanggihan teknologi pada hari ini remaja akan mudah untuk terjebak dengan unsur-unsur lucah, aksi-aksi ganas yang ditayangkan dan sebagainya. Apabila masalah ini tidak dibendung dengan segera, remaja mungkin akan terikut-ikut dengan apa yang ditonton oleh mereka melalui internet yang dilayari oleh mereka. Hal ini memberi kesan yang negatif kepada negara malah boleh mengancam keselamatan awam yang lain.

Kesimpulannya, kecanggihan teknologi pada hari ini ada kebaikan  dan keburukannya. Kesan buruk yang timbul ini haruslah dibendung dengan sebaik mungkin supaya masyarakat hari ini tidak terlibat dengan gejala yang tidak diingini terutamanya remaja yang merupakan aset yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara maju.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU