TABIAT BURUK MENCACATKAN PENAMPILAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Sama ada anda sedar ataupun tidak, adakala ianya ketika anda dilanda resah ataupun gugup secara tidak sengaja anda akan melakukan beberapa kebiasaan buruk yang sepatutnya dihindarkan.


1.      Mengopek luka pada kulit
Luka pada kulit akibat terjatuh ataupun digigit serangga misalnya, kadang-kadang menimbulkan rasa gatal yang tidak tertahan. Tangan kita pun adakalanya secara langsung akan menggaru dan mengopek luka tersebut. Tabiat ini dapat merosakkan jaringan kulit dan meninggalkan parut pada kulit. Lebih parah lagi, tabiat ini mampu mengundang kuman yang boleh menyebabkan infeksi. Jadi, cadangan penyelesaian ini adalah luka yang kecil boleh anda tutupi dengan band-aid tetapi jika luka tersebut agak besar dan teruk sebaiknya berjumpalah dengan doktor supaya luka tersebut dapat dibalut dengan segera agar tidak berlaku sebarang jangkitan kuman.  Gantikan penutup luka secara rutin agar sentiasa bersih supaya luka tidak menjadi lebih parah.

2.      Membasahkan dan menggigit bibir
Ramai yang mempunyai tabiat suka menggigit atau membasahkan bibir tanpa menyedari air liur boleh menyebabkan bibir anda lebih bertambah kering dan mengakibatkan bibir anda mengelupas serta pecah-pecah.
Cadangan penyelesainya adalah anda perlu membawa pelembab bibir atau lip balm di dalam beg tangan anda melembabkan bibir anda untuk melembabkan bibir jika perlu. Sebaiknya, pilihlah pelembab yang tidak mempunyai perisa sama sekali kerana jika pelembab bibir anda mempunyai perasa nescaya anda akan lebih agresif untuk membasahkan bibir.

3.      Memicit jerawat atau bintik-bintik hitam
Tabiat ini adalah tabiat yang sangat buruk kerana dapat meninggalkan kesan luka atau parut yang mengambil masa yang lama untuk hilang. Pendapat saya, cadangan penyelesaian yang baik anda boleh menggunakan plaster yang khusus untuk menanggalkan bintik-bintik hitam dibahagian hidung apabila anda merasakan kehadiran bintik-bintik hitam itu menjejaskan penampilan anda.

Di atas adalah antara tabiat buruk yang mampu mencacatkan penampilan seseorang sekiranya tidak dijaga dengan betul. Oleh itu, cadangan penyelesaian yang telah diberikan itu mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh warga blog sekalian.
Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU