HASIL TANAMAN UMI DAN ABAH
Assalamualaikum kepada semua warga blog.
Semalam aku telah mendapat satu mesej daripada whatsapp
group keluarga yang berbentuk gmbar dihantar daripada umi di kampung. Setelah aku
memuat turun gambar tersebut rupa-rupanya umi telah menghantar gambar hasil
tanamannya yang sudah boleh dikutip dan dijual iaitu lada besar dan terung. Barang
kali umi ingin berkongsi kegembiraan ini kepada ahli keluarga yang lain hasil
tanamannya yang begitu menjadi pada tahun ini. Bersyukur kepada Allah s.w.t atas
rezeki yang diberikan lebih-lebih lagi bila tibanya musim tengkujuh yang
menjadi sumber pendapatan tatkala pokok getah sudah mulai tidak boleh ditoreh.
Teringat tahun-tahun yang lepas, bila tiba waktu mengutip
hasil tanaman itu aku juga turut pergi ke kebun untuk membantu umi dan abah. Walaupun
aku seorang anak tunggal namun aku tidak dimanjai dengan tidak membantu mereka
di kebun. Bila tiba waktu menanam aku ke kebun membantu menanam dan bila tiba
waktu mengutip hasil aku juga turut membantu mengutip tanaman itu. Lebih-lebih
lagi bila musim tengkujuh terpaksalah mengutip lada-lada itu dalam keadaan yang
hujan. Seronok pula teringat zaman itu, mana tidaknya bila sudah besar panjang
ni susah betul hendak bermandi hujan seperti zaman kanak-kanak dahulu. Sebab itulah
bila aku turun membantu umi mengutip hasil tanaman di kebun dalam keadaan yang
hujan boleh mengimbas kembali zaman kanak-kanak dulu. Anak kampung yang sudah
biasa dengan lumpur dan bermandi hujan tidak mudah untuk demam tidak seperti anak zaman
moden ini yang begitu manja sehingga
setitik air hujan pun boleh selsema.
Melihat gambar hasil tanaman umi dan abah yang banyak itu dapat
aku bayangkan begitu lamanya masa yang
diambil untuk mereka siap mengutip. Dalam hati mula bermonolog sendiri
seandainya aku ada di kampung pasti aku dapat membantu mereka mengutip hasil
tanaman mereka. Hanya orang yang pernah laluinya sahaja mampu mengerti penat
lelahnya. Bukan senang nak senang bukan susah nak susah.
lada besar
![]() |
terung |
Comments
Post a Comment