UNTUKMU SAHABAT


setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
itulah lumrah kehidupan bergelar manusia,
namun, kenangan demi kenangan,
yang dicipta bersama menjadi satu album,
untuk diingati selalu,
wahai sahabatku,
rindu kalian,jaga diri.


Selasa yang lalu, aku telah mendapat cebisan puisi ini yang dikirimkan oleh sahabat yang dulunya sangat rapat tapi terpisah kerana cita-cita dan masa depan yang harus dikejar.

Buat sahabat yang dirindui, mungkin kini kita mula berjauhan berjalan menuju masa depan namun jangan kamu anggap kejauhan ini satu perpisahan untuk segalanya. Jangan pernah jadikan jarak dan waktu itu satu goncangan dalam persahabatan ini bak kata pepatah  biar jauh dimata namun dekat dihati.

Kadang-kadang terasa hangatnya persahabatan ini sehingga tersenyum sendirian bila mengenangkan kenangan-kenangan dulu. Walaupun kadang-kadang persahabatan ini seperti Tom & Jerry yang saling menyakiti antara satu sama lain namun bila berjauhan kehilangan itu amat dirasai. Walau jarang bertemu biarlah doa yang berterusan.  Biarlah rindu ini berterusan jangan sampai menjadi jemu.

Sahabat itu adalah anugerah yang terindah. Mereka adalah orang yang akan ada selalu diwaktu senang mahupun susah. Mereka adalah orang yang akan selalu memahami dan menemani disaat diperlukan dan kebingungan. Terima kasih sahabat kerana selalu ada dikala aku memerlukan.



                                   

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU