OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN


Sejak akhir-akhir ini, bilangan penduduk di Malaysia banyak yang mengalami obesiti atau masalah kegemukan. Obesiti atau kegemukan ialah  kadar berat badan seseorang yang berlebihan. Masalah berat badan yang berlebihan boleh menjejaskan kepada kesihatan seseorang individu itu. Antaranya boleh menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Banyak faktor dan kesan  yang boleh berlaku di sebabkan daripada  masalah kegemukan ini terus berlaku.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah obesity ini ialah rakyat Malaysia  kurang melakukan aktiviti senaman. Masyarakat pada hari ini tidak menitikberatkan aktiviti senaman kerana kekangan masa yang mereka hadapi dimana mereka  terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat meluangkan masa untuk bersenam. Mereka juga menganggap senaman merupakan aktiviti yang tidak penting dan membazir masa kepada mereka kerana banyak kerja yang lebih penting mereka boleh lakukan selain bersenam. Sikap sebegini sebenarnya tidak sepatutnya di amalkan oleh masyarakat kerana masalah kegemukan yang berlebihan boleh menjejaskan kepada masalah kesihatan seseorang.

Selain itu, faktor yang menyebabkan masalah obesiti ini terjadi kepada seseorang individu juga adalah disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak sihat. Contohnya, tabiat seseorang yang suka makan makanan  tidak sihat seperti makan secara berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat tinggi boleh meningkatkan berat badan seseorang secara mendadak. Tabiat ini adalah tabiat yang tidak sangat tidak baik untuk kesihatan seseorang serta tidak elok untuk di amalkan dalam kehidupan seharian. Pola pemakanan seseorang individu tidak boleh diambil ringan dan harus dijaga sebaik yang mungkin.

Masalah obesiti atau kegemukan ini boleh memberikan kesan yang negatif kepada seseorang individu sekiranya tidak dibendung secepat yang mungkin. Contohnya, masalah obesiti yang dihadapi oleh seseorang boleh menyebabkan mereka menghadapi penyakit yang kronik. Penyakit serius seperti serangan jantung, penyakit darah tinggi, diabetes dan barah buah pinggang. Penyakit ini adalah penyakit yang  sukar diubati malah rawatannya mengambil kos yang sangat tinggi, walaupun di hospital kerajaan. Oleh itu, seseorang individu harus mengambil tindakan awal sebelum penyakit-penyakit kronik ini terjadi kepada diri seseorang itu.

Kesan lain juga akibat daripada masalah obesiti atau kegemukan  ini ialah menyebabkan emosi seseorang tidak stabil. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sering menganggap diri mereka tidak menarik. Oleh sebab itu, masalah kegemukan yang dihadapi oleh mereka menjadikan mereka kurang yakin dengan diri sendiri dan mengalami kemurungan kerana tidak memiliki tubuh badan yang normal dan aktif seperti orang lain.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor dan kesan terhadap masalah obesiti kepada seseorang individu. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjaga kesihatan diri, mengamalkan gaya hidup serta gaya permakanan yang sihat supaya mendapat tahap kesihatan yang sangat baik.




Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

SAJAK WAKTU