PENGALAMAN PAHIT BANJIR TAHUN 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog. 

Kali ini aku ingin menceritakan kenangan pahit yang pernah berlaku pada diriku. Cerita ini berlaku pada 23 Desember 2014 dimana ianya adalah tahun yang paling tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Ketika itu aku tidak berada di bumi Kelantan kerana menghantar nenekku ke rumah bapa saudara di Kuantan, Pahang. Sungguh aku tidak menjangka bencana ini boleh berlaku dalam sekelip mata ketika berjauhan dengan Umi dan Abah di kampung. Sepanjang aku hidup selama 16 tahun (2014), itulah kali pertama banjir besar berlaku di bumi Kelantan. Kalau sebelum ini aku hanya  mendengar cerita daripada orang tuaku dan orang-orang kampung bahawa banjir besar pernah berlaku sebelum ini  tetapi aku seolah-olah tidak terasa takut sedikit pun ketika mendengar cerita tersebut.

Air naik sampai ke lutut sudah jadi perkara biasa. Setiap kali musim tengkujuh datang, ia umpama pesta air di negeri Kelantan. Bila tanah mula  membasah ,air mulai memenuhi ruang  penduduk kampungku sememangnya akan berpindah di SK Bukit Jarum pada setiap hujung tahun tetapi tidak memberi kesan seperti bencana yang berlaku pada Desember 2014. Kejadian pada hujung tahun 2014 yang lalu, musim tengkujuh yang diumpamakan pesta air itu lenyap, akibat bencana yang menjelma, Allahuakhbar. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih dan hibanya hati ini kerana kejadian itu berlaku ketika aku tidak ada bersama keluarga di kampung dimana sebelum ini setiap kali banjir kami akan mengharungi dugaan itu bersama-sama. Bencana pada tahun itu juga adalah bencana yang paling dasyat sehingga bekalan makanan dan minuman terputus, jalan semuanya ditutup kerana air memenuhi semua ruang kampung itu. Aku hanya tahu perkhabaran penduduk di kampung hanya melalui panggilan telefon Umi di kampung. Pada hari yang berikutnya, elektrik di seluruh kawasan Kelantan akan di tutup ini bermakna mereka semua bergelap dimalam hari dan talian telefon juga terputus. Aku yang jauh semakin risau kerana tidak dapat mengetahui keadaan di kampung akibat masalah talian sehingga aku tidak dapat menghubungi umi di kampung dan berkemungkinan juga bateri telefon umi juga mati kerana ketiadaan elektrik.

Walau bagaimanapun, aku tidak putus-putus menelefon umi. Setiap hari aku akan cuba menelefon umi walaupun tidak dapat. Kerisauan makin melanda apabila melihat perkembangan banjir di Manek Urai dan Kuala Krai semakin teruk dimana air sudah mulai naik sampai ke tingkat tiga di sekolah Manek Urai yang disiarkan melalui berita TV3. Walaupun itu bukan kawasan kampungku, tetapi sebelum talian putus, umi sempat memberitahu air sudah mulai penuh di luar kawasan sekolah SK bukit jarum iaitu pusat pemindahan banjir di kampung kami. Kerana itu kerisauan makin terasa dalam diriku. Dua hari kemudian aku cuba menghubungi umi lagi. Dengan izin Allah aku dapat berhubung dengan umi lagi dan mengetahui sedikit keadaan di kampung ketika itu. Walaupun taliannya putus-putus namun aku masih dapat mendengar suara umi. Aku sedikit lega. Umi telah memberitahu keadaan air banjir kelihatan semakin surut. Aku semakin lega dan sangat bersyukur kerana mereka semua dalam keadaan yang selamat Dan peristiwa banjir besar itu benar-benar mencatat pengalaman ngeri dalam diari kehidupanku, Memori yang tidak boleh aku lupa sampai bila-bila.


                                                       STADIUM KOTA BHARU

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU