Posts

Showing posts from December, 2018

SAJAK WAKTU

WAKTU Waktu Waktu kian merangkak Hari demi hari terus berlalu Melewati siang dan malamku Semakin lama semakin jauh Seakan   lambat berlalu Tanpa aku sedari Rupanya aku kian ketinggalan Termenung aku ke luar Begitu pantas waktu berlalu pergi Ku sangka ia sedang merangkak Rupanya ia sedang berlari Namun, aku masih disini Membilang sisa-sisa hari Tanpa ku terjaga Rupanya apa yang kucari selama ini Belum ku temui lagi.

HASIL TANAMAN UMI DAN ABAH

Image
Assalamualaikum kepada semua warga blog.  Semalam aku telah mendapat satu mesej daripada whatsapp group keluarga yang berbentuk gmbar dihantar daripada umi di kampung. Setelah aku memuat turun gambar tersebut rupa-rupanya umi telah menghantar gambar hasil tanamannya yang sudah boleh dikutip dan dijual iaitu lada besar dan terung. Barang kali umi ingin berkongsi kegembiraan ini kepada ahli keluarga yang lain hasil tanamannya yang begitu menjadi pada tahun ini. Bersyukur kepada Allah s.w.t atas rezeki yang diberikan lebih-lebih lagi bila tibanya musim tengkujuh yang menjadi sumber pendapatan tatkala pokok getah sudah mulai tidak boleh ditoreh. Teringat tahun-tahun yang lepas, bila tiba waktu mengutip hasil tanaman itu aku juga turut pergi ke kebun untuk membantu umi dan abah. Walaupun aku seorang anak tunggal namun aku tidak dimanjai dengan tidak membantu mereka di kebun. Bila tiba waktu menanam aku ke kebun membantu menanam dan bila tiba waktu mengutip hasil aku juga turut...

SAHABAT umpama bunga tanpa kelompok

Image
Persahabatan umpama bunga tanpa kelompok.  Sebut sahaja persahabatan, tentu setiap orang mempunyai memorinya tersendiri. Ada yang manis dan ada yang pahit. Selain penting dalam kehidupan manusia, ia menambahkan lagi kemanisan sebuah perjalanan hidup seseorang. Pelbagai cerita yang sering kita dengar tentang persahatan. Dari pengorbanan seorang sahabat, dikhianati sahabat yang dipercayai, dan tak kurang pula memori bercinta dan berkahwin dengan sahabat sendiri. Itulah lumrah kehidupan hakiki yang tidak lari dalam diri setiap manusia yang pernah mengalaminya. Ada juga persahabatan yang langsung berpuluh tahun lamanya hingga ke akhir hayat. Pelbagai dugaan dan cabaran yang akan mengiringi sebuah persahabatan sehingga kadang kala boleh mengalami kemusnahan. Perkhianatan dalam persahabatan merupakan perbuatan yang sukar untuk dimaafkan. Fitnah, mengata di belakang dan lain-lain adalah beberapa contoh khianat yang sering terjadi dalam menjalinkan persahabatan. Apakah itu dipanggil...

TABIAT BURUK MENCACATKAN PENAMPILAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Sama ada anda sedar ataupun tidak, adakala ianya ketika anda dilanda resah ataupun gugup secara tidak sengaja anda akan melakukan beberapa kebiasaan buruk yang sepatutnya dihindarkan. 1.       Mengopek luka pada kulit Luka pada kulit akibat terjatuh ataupun digigit serangga misalnya, kadang-kadang menimbulkan rasa gatal yang tidak tertahan. Tangan kita pun adakalanya secara langsung akan menggaru dan mengopek luka tersebut. Tabiat ini dapat merosakkan jaringan kulit dan meninggalkan parut pada kulit. Lebih parah lagi, tabiat ini mampu mengundang kuman yang boleh menyebabkan infeksi. Jadi, cadangan penyelesaian ini adalah luka yang kecil boleh anda tutupi dengan band-aid tetapi jika luka tersebut agak besar dan teruk sebaiknya berjumpalah dengan doktor supaya luka tersebut dapat dibalut dengan segera agar tidak berlaku sebarang jangkitan kuman.   Gantikan penutup luka secara rutin agar sentiasa bersih supaya luka tidak menjadi lebih parah. 2. ...

JOM MULAKAN DIET SIHAT HARI INI.

Image
Assalamualaikum. Kali ini saya ingin berkongsi kepada warga blog tentang cara diet yang bagus untuk kesihatan kita hari ini. Pertama sekali, sekiranya anda berasa lapar antara masa makan, makanlah buah-buahan segar tetapi jangan pula makan terlalu banyak benda yang manis seperti gula mesti dikurangkan. Antara cara diet yang betul dan sihat ialah seseorang itu haruslah mengelakkan diri daripada makanan yang berminyak dan berlemak. Sekiranya seseorang itu makan daging ataupun ayam, pastikan pengambilannya dengan kadar yang sepatutnya dan tidak berlebihan. Pengambilan pemakanan seperti daging secara berlebihan boleh menimbulkan penyakit seperti pertambahan kolestrol. Pertambahan kolestrol yang dialami amat berbahaya kepada tubuh seseorang individu itu sendiri. Di samping itu,   pengambilan makanan ringan seperti keropok, coklat, gula-gula, dan pizza, KFC, McD dan sebagainya juga harus dielakkan untuk memiliki tubuh yang sihat. Kebiasaannya, makanan ini sering di ambil oleh...

PROJEK MINI KOKURIKULUM

Image
Assalamualaikum warga blog sekalian. entri kali ini saya akan mencerita sedikit tentang projek mini yang dijalankan oleh para pelajar Seni Penghujahan. Alhamdulillah.. selesai projek mini untuk kokurikulum bagi seni penghujahan semester satu tahun 2018 setelah beberapa minggu mengadakan mesyuarat, merancang dan meneliti program yang akan dijalankan ini. Maka pada 11.10.2018 berlangsunglah projek ini dengan jayanya. Projek ini telah dijalankan di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia. Pusat ekuin adalah tarikan utama di UPM yang menawarkan kepada pengunjung berpeluang untuk mendekati kuda. Meliputi kawasan ini yang seluas empat hektar, terdapat dua kandang yang menempatkan 19 ekor kuda. Pusat ekuin ini juga mempunyai padok atau padang kecil untuk kuda yang bertaraf antarabangsa dan kawasan padang rumput. Menariknya, para pengunjung berpeluang menyentuh, memberi makan dan melawat di sekitar sekitar pusat ini. Pada mulanya, kami telah diberi taklimat tentang kuda-kuda ya...