LUAHAN HATI


Saya Noorsyahira bt Sulaiman. Saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan. Saya merupakan anak tunggal dan cucu sulung dalam keluarga. Saya merupakan pelajar lepasan STPM pada tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong. Alhamdulillah, pada 6 mac 2018 saya telah mendapat keputusan yang baik dalam STPM iaitu dengan memperoleh CGPA 3.58. Keputusan peperiksaan ini telah menggembirakan Umi dan Abah serta sanak saudara. Seterusnya, saya terus membuat permohonan UPU untuk kemasukan bulan September 2018.



Pada 31 Julai 2018 adalah merupakan hari hebahan keputusan universiti bagi lepasan STPM. Ketika ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya setelah mengetahui dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Bacelor Komunikasi di Universiti Putra Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam kegembiraan ini terselit satu perasaan yang agak sayu kerana terpaksa meninggalkan keluarga yang jauh iaitu di bumi Kelantan. Perpisahan ini adalah perpisahan yang pertama kalinya buat diriku dengan keluargaku. Perpisahan yang sangat perit dalam hidupku. Aku gagahkan hati kuatkan semangat untuk mengejar cita-cita yang selama ini aku impikan. Aku ingin menjadi anak yang mampu memberikan segulung ijazah kepada orang tuaku dan menjadi kebanggaan dalam keluarga kecilku.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah bukanlah satu halangan untuk aku terus mengorak langkah ke alam universiti. Tujuan aku juga tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi kesenangan kepada keluargaku suatu hari nanti. Aku ingin membalas jasa mereka yang selama ini telah banyak berkorban dalam membesar dan mendidik aku sehingga aku mampu menjejak kaki ke alam universiti. Melihat perit jerih orang tuaku dalam membesarkanku sehingga terdetik di dalam hati bahawa aku tidak mahu lagi melihat mereka berterusan hidup dalam kesusahan sehingga hari tua mereka. Ibu atau dengan panggilan Umi selalu berpesan kepadaku ‘’ jangan jadi seperti mereka yang keluar di pagi hari dengan sebilah pisau toreh”. Kata-kata ini sering bermain di fikiran dan dijadikan sebagai dorongan semangat untuk aku meneruskan perjalanan hidup di universiti. Aku berharap aku berjaya menggapai cita-citaku di Universiti Putra Malaysia.


Comments

  1. Semoga kamu sahabatku sentiasa berjaya dunia dan akhirat dan dapat membanggakan keluargamu..In Shaa Allah

    ReplyDelete
  2. In sha Allah .. semoga dipermudahkan segala urusan ...

    ReplyDelete
  3. In shaa allah...kita akan brjaya😘

    ReplyDelete
  4. Insha allah kamu berjaya membanggakan kedua ibubapa kamu😁

    ReplyDelete
  5. Insha allah kamu berjaya membanggakan kedua ibubapa kamu😁

    ReplyDelete
  6. Inshaallah Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dan Sentiasa Diberkati Oleh Allah Swt Atas Segala Usaha Anda 👍 Teruskan Usaha And Jangan Pernah Cuba Mengenali Apa Itu Putus Asa And Apa Itu Mengeluh 👌 Korbankan Sedikit Masa Demi Mencapai Kejayaan 👍 Jangan Takot Dan Jangan Bimbang , Kami Sentiasa Ada Untuk Memberi Sokongan 👍 Ikhlas Dari Saya Ahmad Syaheer ! ✌ - Family 5Topaz

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU