KOM3305: SEMASA AKTIVITI


Pada 8 November 2019, kami telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti yang telah dirancang. Tepat jam 9 pagi kami telah berkumpul di Padang Mini Futsal seperti yang telah dinyatakan dalam tentatif projek. Pada mulanya, taklimat ringkas dan pembahagian tugas telah dilakukan terlebih dahulu daripada ketua program ini sebelum kami menjalankan aktiviti mengutip sampah dikawasan tersebut. Plastik sampah telah disediakan dan diberikan kepada setiap ahli untuk meletakkan sampah yang dikutip. Setiap ahli diberikan kawasan masing-masing untuk mengutip sampah. 
Setelah selesai taklimat daripada ketua, tepat jam 9.30 pagi kami memulakan aktiviti mengutip sampah dibahagian masing-masing. Pada hari tersebut, kelihatan banyak daun-daun bertaburan dan juga botol-botol air mineral yang dibuang di merata-rata tempat. Pada jam 10.30 pagi kami telah berehat sebentar sebelum meneruskan lagi aktiviti ini pada jam 11.50 pagi. Setelah selesai aktiviti mengutip sampah, kami berkumpul dan menyimpan peralatan yang digunakan serta membuang sampah yang telah dikutip tadi ke tempat yang sepatutnya.







Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN EKSPEDISI KAYAK PULAU MELAKA,KELANTAN

OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

SAJAK WAKTU