KOM3305: PERANCANGAN/PLANNING
Khidmat Masyarakat: Pembersihan Kawasan Mini Padang Futsal dan Padang Bola
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog, kami merupakan pelajar KOM3305 Media,Teknologi dan Masyarakat telah diberikan satu tugasan untuk melakukan satu projek kemasyarakatan dimana ianya perlu berkaitan dengan media,teknologi dan masyarakat. Sentuhan Kasih telah menjadi nama pilihan sebagai nama blog kami kerana ianya bersesuaian dengan projek komuniti yang akan jalankan. Satu perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan tentang program yang bakal dijalankan. Setelah berbincang, kami telah bersetuju dan bersepakat untuk melakukan khidmat masyarakat ini dengan melakukan pembersihan di kawasan padang futsal dan padang bola berhadapan kolej serumpun dimana pada hari tersebut kami mendapati ada sesi latihan futsal dan bola sepak.
Objektif projek ini dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan masyarakat sekeliling serta dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam diri mahasiswa apabila melakukan kerja berpasukan.
Berikut adalah hasil perbincangan dalam merancang projek khidmat masyarakat ini:-
Maklumat projek:
Nama projek :Pembersihan Kawasan Mini Padang Futsal dan Padang Bola
Tarikh :
8 November 2019 (Jumaat)
Masa :
9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat :
Mini Padang Futsal dan Padang Bola berhadapan Kolej
Serumpun
Bilangan ahli : 5 orang
Nama ahli : 1)
Muhd Saiful Azry bin Samsudin
2) Muhamad Sulaiman bin Abdul Razak
3) Ariffuddinur bin Zakaria
4) Nurul Aklima binti
Latfi
5) Noorsyahira binti sulaiman
Tentatif projek:
9.00 pagi : Berkumpul di Mini Padang Futsal
9.15 pagi : Taklimat ringkas pembahagian tugas
9.30 pagi : Aktiviti pembersihan bermula
10.30 pagi : Rehat
10.50 pagi : Aktiviti pembersihan diteruskan
11.30 pagi : Berkumpul dan menyimpan alatan
12.00 tengah hari : Bersurai
Kesimpulannya, kami berharap projek yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada kami sebagai mahasiswa dalam membentuk sahsiah diri yang tinggi.
perjumpaan bagi merancang program
Program ini amat bagus untuk dijalankan... hal ini kerana, banyak kebaikkan yang dapat diperolehi daripada program ini... antaranya, kebersihan stadium terpelihara menyebabkan penonton yang datang ke stadium itu dapat duduk dengan selesa. Selain itu, dapat mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh sampah sarap seperti denggi, pembawakan lipas, lalat dan sebagainya... kesimpulannya, saya amat menyokong usaha kalian untuk menjayakan program ini... oleh itu, sama-samalah kita bergading bahu untuk menjaga kebersihan bersama... terima kasih
ReplyDelete