OBESITI ATAU MASALAH KEGEMUKAN

Sejak akhir-akhir ini, bilangan penduduk di Malaysia banyak yang mengalami obesiti atau masalah kegemukan. Obesiti atau kegemukan ialah kadar berat badan seseorang yang berlebihan. Masalah berat badan yang berlebihan boleh menjejaskan kepada kesihatan seseorang individu itu. Antaranya boleh menyebabkan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Banyak faktor dan kesan yang boleh berlaku di sebabkan daripada masalah kegemukan ini terus berlaku. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah obesity ini ialah rakyat Malaysia kurang melakukan aktiviti senaman. Masyarakat pada hari ini tidak menitikberatkan aktiviti senaman kerana kekangan masa yang mereka hadapi dimana mereka terlalu sibuk bekerja sehingga tidak sempat meluangkan masa untuk bersenam. Mereka juga menganggap senaman merupakan aktiviti yang tidak penting dan membazir masa kepada mereka kerana banyak kerja yang lebih penting mereka boleh lakukan selain bersenam. Sikap...