Posts

Showing posts from 2019

KOM3305: KEPUTUSAN PROGRAM

Setelah beberapa jam kami menjalankan aktiviti mengutip sampah ini telah memberi kepuasan kepada kami kerana kawasan yang pada mulanya dipenuhi sampah telah berjaya dibersihkan daripada sampah sarap yang dibuang dimerata-rata tempat itu. Program ini telah menyedari kami kebersihan merupakan suatu yang sangat penting dan perlu dijaga serta ianya juga menjadi tanggungjawab bersama. Program ini juga secara tidak langsung telah mengajar kami supaya bekerjasama dalam melakukan kerja berpasukan dan mendidik kami untuk menjaga kebersihan sepanjang masa.

KOM3305: SEMASA AKTIVITI

Image
Pada 8 November 2019, kami telah menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti yang telah dirancang. Tepat jam 9 pagi kami telah berkumpul di Padang Mini Futsal seperti yang telah dinyatakan dalam tentatif projek. Pada mulanya, taklimat ringkas dan pembahagian tugas telah dilakukan terlebih dahulu daripada ketua program ini sebelum kami menjalankan aktiviti mengutip sampah dikawasan tersebut. Plastik sampah telah disediakan dan diberikan kepada setiap ahli untuk meletakkan sampah yang dikutip. Setiap ahli diberikan kawasan masing-masing untuk mengutip sampah.  Setelah selesai taklimat daripada ketua, tepat jam 9.30 pagi kami memulakan aktiviti mengutip sampah dibahagian masing-masing. Pada hari tersebut, kelihatan banyak daun-daun bertaburan dan juga botol-botol air mineral yang dibuang di merata-rata tempat. Pada jam 10.30 pagi kami telah berehat sebentar sebelum meneruskan lagi aktiviti ini pada jam 11.50 pagi. Setelah selesai aktiviti mengutip sampah, kami berkumpul dan menyim...

KOM3305: PERANCANGAN/PLANNING

Image
Khidmat Masyarakat: Pembersihan Kawasan Mini Padang Futsal dan Padang Bola  Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog, kami merupakan pelajar KOM3305 Media,Teknologi dan Masyarakat telah diberikan satu  tugasan untuk melakukan satu projek kemasyarakatan dimana ianya perlu berkaitan dengan media,teknologi dan masyarakat. Sentuhan Kasih telah menjadi nama pilihan sebagai nama blog kami kerana ianya bersesuaian dengan projek komuniti yang akan jalankan. Satu perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan tentang program yang bakal dijalankan. Setelah berbincang, kami telah bersetuju dan bersepakat untuk melakukan khidmat masyarakat ini dengan melakukan pembersihan di kawasan padang futsal dan padang bola berhadapan kolej serumpun dimana pada hari tersebut kami mendapati ada sesi latihan futsal dan bola sepak. Objektif projek ini dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan masyarakat sekeliling serta dapat meningkatkan ...

AKU REDHA

Image
Ketika ini aku sedang buntu, takut, sedih, kecewa dan pelbagai rasa bermain. Jika ini adalah ujian buatku dalam permulaan perhubungan ini,  aku redha.  Aku terimamu seikhlasnya.  Aku bukan sesiapa untuk menghukum, aku juga hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dalam melakukan kesilapan.. Biar sakit di permulaannya daripada aku tersakit dipengakhirnya dengan satu kebohongan. Terima kasih kerana jujur terlebih dahulu.  Walaupun pada mulanya aku memang sukar untuk membuat keputusan, sakitnya dalam membuat keputusan ini hanya Allah sahaja yang tahu. Mungkin Allah ingin mengujiku, mungkin Allah ingin tahu tahap kesabaranku, dan mungkin Allah ingin aku rasa terlebih dahulu kesakitan. Allahurabbi

HARI LAHIR REEN RAHHIM

Image
14 Mac 2019 adalah hari yang sangat istimewa buat Reen Rahim iaitu hari kelahirannya. Buat Reen, semoga kamu sentiasa dalam lindunganNya, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat. Sambutan ini mungkin tidak seberapa, tapi apa yang penting kita dapat meluangkan masa bersama. Maklumlah, sejak major berlainan susah untuk bertemu mata. Semoga hubungan persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat.

PERAWAT LUKA

Image
Setelah sekian lama tidak merasa perasaan ini setelah sekian lama hatiku tertutup setelah sekian lama aku mencari rupanya kamu yang berhasil membuka pintu hati ini indahnya takdir Allah pertemuan yang tidak dirancang pertemuan penuh dengan tiba-tiba rupanya ada cerita dibalik pertemuan ini semoga kamu perawat luka ini.

MENJADI TANDA TANYA?????

Apa maksudmu sebenarnya? aku tahu, aku manusia berdosa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi, apa hakmu untuk menghinaku hingga sebegitu rupa? Apakah itu cara   teguran dan nasihatmu? Apakah itu caramu untuk mengajar dan mendidikku kearah yang benar? Ianya tidak salah sama sekali, tapi menegur jangan sampai menghina.. Kata-katamu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa terkesannya, tergurisnya hingga luka bernanah parah. Aku bukan robot yang tidak mempunyai perasaan . Aku hanya insan lemah yang tidak mempunyai kuasa untuk menghilangkan rasa sakit luka yang kau guris itu.   Ya, aku tahu aku sememangnya tidak layak untuk orang sepertimu. Tapi, harus kamu ingat siapa kamu sebelum ini dan siapa aku ketika kamu dalam kesusahan? ikhlas dari manusia berdosa, syahira