KOM3305: PERANCANGAN/PLANNING

Khidmat Masyarakat: Pembersihan Kawasan Mini Padang Futsal dan Padang Bola Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blog, kami merupakan pelajar KOM3305 Media,Teknologi dan Masyarakat telah diberikan satu tugasan untuk melakukan satu projek kemasyarakatan dimana ianya perlu berkaitan dengan media,teknologi dan masyarakat. Sentuhan Kasih telah menjadi nama pilihan sebagai nama blog kami kerana ianya bersesuaian dengan projek komuniti yang akan jalankan. Satu perjumpaan telah diadakan bagi membincangkan tentang program yang bakal dijalankan. Setelah berbincang, kami telah bersetuju dan bersepakat untuk melakukan khidmat masyarakat ini dengan melakukan pembersihan di kawasan padang futsal dan padang bola berhadapan kolej serumpun dimana pada hari tersebut kami mendapati ada sesi latihan futsal dan bola sepak. Objektif projek ini dijalankan adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar dengan masyarakat sekeliling serta dapat meningkatkan ...